Kita Tiada Hak Persoal Anugerah Raja-Raja Melayu, Pemuda UMNO Tegur MP DAP
KUALA LUMPUR, 07 Jun 2023 – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh telah mengeluarkan kenyataan dalam menyanggah Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dengan menyatakan bahawa kita tiada hak untuk mempersoalkan anugerah yang telah diberikan oleh Raja-Raja Melayu.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Jelutong itu telah membuat kenyataan agar gelaran “Tun” yang dikurniakan kepada Dr Mahathir ditarik balik berikutan ulasan mantan Perdana Menteri itu terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
Tun Mahathir sebelum ini yang merupakan Perdana Menteri Malaysia selama 24 tahun telah dianugerahkan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran “Tun” pada tahun 2003 setelah beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri buat kali pertama.
BACA JUGA: Tragedi Batang Kali: Laporan Siap Hujung Bulan Ini
BACA JUGA: Gejala Seks Rambang Dikalangan Remaja Bawah Umur Membimbangkan-Pakar
BACA JUGA: Suami Wanita Tanggal Baju Kelab Komedi, Didenda RM16,000
Anugerah tersebut adalah bersifat sangat istimewa berikutan ianya hanya dikurniakan kepada 25 individu sahaja
Seorang peguam, Rafique Rashid juga turut bersetuju dengan kenyataan Akmal dengan mengatakan bahawa gelaran itu hanya boleh ditarik oleh Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-Raja Melayu yang memberi anugerah tersebut.
Menurutnya lagi, kes berkenaan ulasan Mahathir ini adalah dalam siasatan pihak polis dan mantan Perdana Menteri tersebut telah berjanji untuk memberi kerjasama sepenuhnya, justeru Rayer sepatutnya menunggu agar keadilan ditegakkan terlebih dahulu.
Ujarnya lagi, jika gelaran tersebut akan ditarik balik, ia sepatutnya perlu melalui sistem kehakiman terlebih dahulu.