Antarabangsa

Hospital Jerman Bakar Jenazah Lelaki Muslim Warga Turki

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

HANOVER, 23 Disember 2022 – Sebuah hospital di Jerman telah membakar jenazah seorang lelaki Muslim warganegara Turki baru-baru ini.

Lapor portal antarabangsa, Hospital Sekolah Perubatan Hannover tersilap membakar jenazah lelaki beragama Islam yang dikenali sebagai Abdulkadir Sargin, selepas pihak hospital meletakkan dua mayat sekali.

Pegawai mengesahkan kematian Abdulkadir pada minggu lalu namun sewaktu persiapan pengebumian diadakan, ahli keluarga Abdulkadir terperanjat dan keliru apabila mendapati jenazah di dalam keranda adalah orang yang tidak dikenali mereka.

Sejurus itu, mereka terus membuat panggilan ke hospital dan mendapat makluman bahawa kakitangan hospital tersilap menyerahkan mayat kepada keluarga lain dan jenazah telah pun dibakar.

Mendapat berita tersebut, Konsulat Turkiye di bandar itu berhubung rapat dengan ahli keluarga Abdulkadir sekali gus akan menyampaikan segala bantuan yang mereka perlukan, ujar pegawai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: