Tempatan

Gaji Tidak Setimpal, Rakyat Malaysia Rela Kerja Di Singapura – Pengarah Agensi Pekerjaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2022 – “20 tahun lalu di Malaysia, gaji graduan kejuruteraan yang baru bekerja ialah RM2,000. Kini, ia hanya RM2,800 sahaja. Jadi jelaslah bahawa terdapat pembangunan kerjaya di Singapura tetapi tidak di Malaysia,” kata Nicholas Chong Biing Shi, Pengarah Agensi Pekerjaan Asia Recruit Sdn Bhd.

Kerana itulah orang ramai memilih untuk pergi dari Malaysia kerana pakej gaji yang ditawarkan di negara ini tidak setimpal dengan pengalaman dan kelayakan mereka, ujarnya seperti dalam The Sun.

Mengulas lanjut, beliau berkata, “Gaji untuk graduan baharu sudah pun sekitar S$2,600 (RM8,229.01) hingga S$3,000 (RM 9,495.01), dan ia dijangka akan bertambah lagi kepada S$3,100 (RM9,811.51). Bagi mereka, agak mudah untuk meneruskan kehidupan dan menjimatkan wang.”

Tambah Nicholas Chong, walaupun kos sara hidup di Singapura adalah tinggi, tetapi para pekerja boleh menghadapinya kerana faktor gaji yang tinggi.

“Malah, walaupun mereka menyewa bilik, ia hanya berharga antara S$500 (RM1,582.50) dan S$600 (RM1,899),” katanya lagi.

Menurut Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, wang bukan satu-satunya faktor yang mendorong rakyat Malaysia memilih Singapura.

Pembangunan kerjaya dan gaya hidup yang menarik turut memainkan peranan dalam pilihan mereka untuk meninggalkan negara ini.

“Peluang untuk bekerja dalam industri maju di Singapura sangat bagus untuk rakyat Malaysia kerana mereka juga mendapat jawatan penempatan serantau dan antarabangsa.”

“Mereka memperoleh pendapatan yang lebih baik di Singapura, yang memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: