NGO

Kita Adalah Kaum Yang Allah Tinggikan Dengan Islam – Ustaz Hj Mohd Farhan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 21 April 2022 – Ustaz Hj Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz berkata, Saidina Umar al-Khattab radhiyallahuanhu dalam syairnya menyatakan, “Kita adalah kaum yang Allah tinggikan darjat dengan Islam!”

Kerana itu, beliau mahu semua pihak terutamanya para alim ulama untuk berani menegakkan Islam dan melaksanakan amar maaruf nahi mungkar dalam medan masyarakat.

BACA: ‘Misteri Kematian Mistik’ Lubuk Yu Jangan Berulang

BACA: Dos Penggalak Punca Jari Perlu Dipotong? Wanita Dapatkan Pandangan Kedua

BACA: Dunia Bakal Kebuluran Harga Barang Melambung

“Sebagai tanggungjawab, para alim ulama yang datang pada hari ini, moga termasuk dalam golongan ulama-ulama yang berketerampilan, berjiwa jemaah, ikhlas dan berani menegakkan Islam baik di sisi pemimpin-pemimpin yang jahil dan zalim ataupun kepada siapa-siapa sahaja yang menentang Islam demi untuk melaksanakan kerja-kerja maaruf dan mencegah kemungkaran dalam medan masyarakat baik yang kecil ataupun ke peringkat yang besar.”

Kata Pengerusi Persatuan Madrasah Tahfiz dan Pondok Sabah (PERMASA) itu lagi, semua pejuang kebenaran yang bergerak sendiri perlu berpegang dengan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 103 agar semua mendapat kekuatan dan tidak bercerai-berai.

“Oleh sebab itu kita kena ambil firman Allah SWT, ‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai’, agar kita mendapat satu kekuatan sepertimana di zaman saya jahiliyah beragama Kristian dulu. Untuk menentang Islam ini, mereka bersatu walaupun berbagai mazhab. Untuk berdepan dengan Islam, mereka bersatu.”

Justeru, “Gagasan perjuangan Yayasan Pembela Islam Muslim yang tampil di saf hadapan membela isu-isu teras berkaitan dengan hak agama Islam, bangsa dan negara wajar disokong oleh semua lapisan alim ulama, semua NGO-NGO Muslim kerana ini adalah satu pendekatan di antara pendekatan yang terbaik,” kata beliau lagi dalam Konvensyen Ulama & Da’i PEMBELA ISLAM yang diadakan di Cyberjaya baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button