Tempatan

Kita Ada Undang-Undang, Kesedaran Dan Tindakan Yang Tidak Ada – Mufti Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 April 2022 – Sahibus Samahah Mufti Pahang Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman menggesa Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruh negeri menerusi mimbar-mimbar masjid seluruh negara supaya perundangan Syariah dapat diarusperdanakan.

Ilmuan Islam tersebut berkata sedemikian dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah yang dianjurkan oleh PEMBELA baru-baru ini.

Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman berkata, proses sebenar untuk memartabatkan perundangan Islam adalah dengan memberi kefahaman dan kesedaran kepada rakyat, bukan sahaja kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab semata-mata.

Mufti Pahang itu turut mengingatkan tentang usaha berani kumpulan evangelis untuk menukar status negara ini kepada sebuah republik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 sedangkan Malaysia adalah negara Islam yang mempunyai Sultan sebagai Ketua Agama dan Raja memerintah, tetapi tiada tindakan pendakwaan yang diambil terhadap para evangelis tersebut.

“Selepas pilihan raya, tidak ada pihak-pihak tertentu yang ambil tindakan. Sepatutnya perkara ini adalah subversif, kalau diungkit berkaitan Perlembagaan, Raja dan sebagainya itu adalah subversif dan boleh terus didakwa kerana dalam Kanun Keseksaan ada menyebut siapa sahaja yang cuba untuk menjatuhkan Raja ataupun anak Raja, Tengku Mahkota dan cuba untuk bersubahat boleh didakwa.”

“Tetapi kita lihat di mana peranan undang-undang? Undang-undang yang sudah siap ada tetapi tidak dikuatkuasakan. Umat Islam tidak ada kesedaran pun,” kata beliau.

Oleh itu, PEMBELA mempunyai tanggungjawab untuk memberi kefahaman kepada umat Islam tentang perundangan dan Syariah itu sendiri, menurut beliau.

“PEMBELA boleh pergi ke negeri-negeri dan bertemu dengan pihak Majlis Agama Islam ataupun Jabatan Mufti bagi memberikan kebenaran untuk kita mendedahkan perkara-perkara ini kepada penceramah-penceramah yang ada tauliah untuk mereka boleh pergi ke masjid-masjid supaya peranan pendedahan konvensyen ini dapat disampaikan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: