Antarabangsa

Hampir 1/3 Generasi Muda Amerika Terlibat LGBT – PRRI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 29 Januari 2024 – Lebih dari 28 peratus warga Amerika Syarikat (AS) yang berusia daripada 18 hingga ke 25 tahun, yang dikenali sebagai Generasi Z, telah menisbahkan diri mereka dengan LGBTQ.

Perkara tersebut didedahkan menerusi dapatan sebuah bancian yang diterbitkan awal minggu ini oleh Public Religion Research Institute (PRRI).

Jumlah tersebut adalah peratusan paling tinggi yang pernah direkodkan oleh penyelidik telah menjalankan penyelidikan tersebut daripada bulan Ogos dan September tahun lalu dengan sampel kajian berjumlah lebih dari 6,000 individu.

Hampir separuh daripada golongan bukan-heteroseksual daripada Generasi Z telah mengakui bahawa mereka adalah biseksual, yang mana ianya membawa kepada peratusan sebanyak 15 peratus dalam kalangan Generasi Z dewasa.

Manakala kelompok yang hanya meminati golongan sejenis yang membawa peratusan sebanyak 5 peratus berada di belakang kelompok yang menisbahkan kecenderungan seksual mereka dengan “lain-lain” iaitu dengan jumlah 8 peratus.

Penyelidikan tersebut mendapati bahawa Generasi Z jauh lebih cenderung untuk menisbahkan diri mereka kepada selain daripada hubungan lawan jantina yang normal berbanding dengan generasi-generasi sebelumnya.

Perbuatan seks songsang tidak lagi dianggap sebagai jenayah di AS sejak 2003, walaupun banyak negeri telah menghapuskan undang-undang liwat mereka sebelum itu lagi. Manakala perkahwinan sesama jenis pula telah dibenarkan sejak 10 tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: