Tempatan

Kilang Vaksin Halal Menjelang 2024 Ini, Kurang Kebergantungan Vaksin Import

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2022 – Kilang vaksin halal dan insulin yang akan membantu negara dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan vaksin dan insulin kritikal dijangka siap menjelang 2024 ini.

“Projek-projek vaksin dan insulin halal ini yang dijalankan di kilang teknologi tinggi kami yang diperakui di Kesatuan Eropah adalah usaha pertama di dunia sejajar dengan tonggak pertubuhan strategik kumpulan yang akan memacu pertumbuhan masa depan industri biofarmaseutikal halal negara,” kata Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Menurut Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), tahap kemajuan pembinaan kilang di bawah Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) itu kini telah mencapai 90 peratus bagi kilang vaksin dan 70 peratus bagi kilang insulin.

Tambah beliau, kilang berkenaan turut akan menyediakan jaminan ubat-ubatan untuk negara daripada sebarang ancaman pandemik pada masa hadapan.

Setakat awal Oktober lalu, PLS telah menerima penghantaran bagi mesin pencuci-pensteril, denester dan mesin pemeriksaan visual automatik selepas melengkapkan ujian penerimaan kilang pada Julai 2022.

Seiring dengan itu, PLS turut menyasarkan pengkomersialan vaksin dan insulin masing-masing menjelang 2024 dan 2025 ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: