PRU-15

Kiblat Politik, Ekonomi & Media Mengadap White House – Abdul Hadi Awang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 12 Oktober 2022 – “Kiblat solat dan hajinya ke arah Kaabah Rumah Allah di Makkah. Adapun kiblat politik, ekonomi dan media pula menghadap ke arah White House di Washington,” kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Kenyataan ini dinukilkannya dalam Minda Presiden PAS, Perbandingan Dua Protes dan Dua Kiblat, susulan beberapa kejadian yang berlaku di negara-negara Islam antaranya demo tudung Mehsa Amini.

“Menjadi kebiasaan pemimpin Barat, apabila adanya jenama Islam yang dinyatakan tanpa mengira apa mazhabnya dijadikan sebagai suatu fobia.”

“Apabila berlaku sesuatu perkara yang boleh ditafsirkan negatifnya walaupun belum nyata akan benar dan bohongnya, maka ia menjadi suatu peluang keemasan untuk melariskan berita. Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk di Malaysia, ada juga yang berjenama Islam ikut terpengaruh menjadi makmum mengaminkan surah yang dikeluarkan daripada Barat itu,” kata beliau.

Tegas Tuan Guru Haji Abdul Hadi, urusan menentukan kiblat adalah prinsip kesatuan umat yang penting bagi umat Islam tanpa mengira mazhabnya.

Namun demikian, terdapat dalam kalangan umat Islam masa kini yang pemikirannya bercelaru dalam menentukan kiblatnya dengan cara yang tidak sempurna.

Beliau seterusnya memberi contoh isu Palestin dan Masjid al-Aqsa yang menurutnya menjadi ujian buat umat Islam.

Ia berikutan apabila ada dalam kalangan negara Islam yang mempertahankannya dan ada pula negara yang melakukan normalisasi dengan negara haram Israel, sehingga melupakan kiblat pertama umat Islam dan kiblat terkini.

“Hal ini disebabkan kiblat negaranya ke arah White House, walaupun kiblat solat dan hajinya ke arah Makkah,” kata beliau lagi dengan kesal.

Justeru, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa dalam keadaan mana-mana negara umat Islam yang diceroboh atau dikacau oleh musuh Islam, maka umat Islam wajib bersama-sama mempertahankan Islam kerana Rasulullah S.A.W. menyifatkan hubungan dalam kalangan umat Islam itu laksana satu jasad.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker