Tempatan

Kiblat Ikut Piring Astro Tak Tepat – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 Ogos 2022 – Penggunaan piring Astro dalam menetapkan arah kiblat solat didapati kurang tepat memandangkan kaedah ini tidak mempunyai sandaran yang kukuh, maklum Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan lagi, jika diteliti kedudukan piring Astro di setiap lokasi adalah berbeza-beza dari arah kiblat sebenar, yang mana akhir-akhir ini segelintir masyarakat menjadikannya sebagai arah kiblat untuk menunaikan solat.

“Kebanyakannya arah piring Astro bukan sahaja menghala ke arah barat 270° bahkan sedikit ke kiri (ke selatan).”

Di Malaysia, arah kiblat adalah pada sekitar bearing N 67 W hingga N 70 W atau azimut 290° hingga 293° dan jika menggunakan kompas dengan penunjuk yang ringkas, ke kanan (ke Utara) sedikit dari arah Barat sekitar 20°, jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Tambah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tanggungjawab penentuan, semakan dan pengesahan arah kiblat bagi setiap masjid, surau dan premis awam di negara Malaysia dijalankan oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan mengenai kesangsian dalam menentukan arah kiblat yang tepat apabila dua aplikasi kiblat dari telefon pintar yang berbeza menunjukkan arah kiblat yang berbeza.

Setelah mendapatkan khidmat dari Qiblati iaitu satu servis dari rumah ke rumah untuk menyemak, mengukur dan memperbetul arah kiblat, didapati terdapat kekhilafan dalam menentukan arah kiblat.

“Satu darjah condong lari, maksudnya terlajak daripada arah Mekah sejauh 122 KM!”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: