Antarabangsa

Kibar Bendera Pelangi Di Indonesia, Duta UK Dipanggil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 27 Mei 2022 – Kementerian Luar Jakarta telah memanggil duta Britain, Owen Jenkins untuk menjelaskan tindakan duta terbabit yang menaikkan bendera lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di kedutaannya.

“Tindakan itu, bersama-sama dengan penerbitan (gambar) melalui akaun media sosial rasmi kedutaan Britain, sangat tidak sensitif.”

“Kementerian ingin mengingatkan utusan asing supaya menghormati sensitiviti nilai budaya dan agama,” kata jurucakap kementerian Teuku Faizasyah pada Isnin.

BACA: Lelaki Gay Paling Banyak Dijangkiti ‘Monkeypox’

BACA: Penyakit HFMD Naik 20 Kali Ganda, 47,209 Kes Dicatatkan Tahun 2022 – Kementerian Kesihatan

BACA: Monkeypox : Netizen Desak Kerajaan Sekat Warga Asing Dari Negara Bergejala

Kedutaan pada minggu lalu membuat hantaran gambar bendera pelangi di premisnya dalam laman Instagram untuk menandakan Hari Antarabangsa Menentang Homophobia, Biphobia dan Transphobia. Ia disertai dengan mesej sokongan untuk hak LGBTQ.

Tindakan duta tersebut telah menimbulkan ketegangan dalam talian di kalangan warga Indonesia konservatif.

Walaupun hubungan sejenis adalah sah di kebanyakan wilayah negara tersebut, namun terdapat diskriminasi yang meluas terhadap komuniti LGBTQ dan beberapa gay Indonesia telah ditangkap di bawah undang-undang anti-pornografi.

Sebuah gerakan Islam konservatif yang berpengaruh, Alumni 212 Brotherhood, dalam satu kenyataan berkata,  bendera itu mencemarkan ‘nilai-nilai suci Indonesia’ apabila bendera pelangi itu dikibarkan bersama bendera Kesatuan UK.

Pengerusi Majlis Ulama Indonesia turut mengeluarkan kenyataan dengan berkata perkara ini harus ditegur agar mereka tahu dan memahami norma di negara tempat mereka berada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: