Antarabangsa

Khutbah Arafah Diterjemah Kepada 14 Bahasa, Dijangka Mencapai 200 Juta Pendengar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 02 Julai 2022 – Terjemahan langsung khutbah Arafah diperluaskan kepada 14 bahasa dan dijangka mencapai seramai 200 juta pendengar pada tahun ini.

Lapor Arab News, Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais berkata, projek tersebut telah memasuki tahun kelima dan terjemahan langsung akan diperluaskan untuk merangkumi 14 bahasa.

Sebelum ini, terjemahan khutbah Arafah telah memberi manfaat kepada 1 juta pendengar pada tahun pertama, 11 juta pada tahun kedua, 50 juta pada tahun ketiga, 100 juta pada tahun keempat dan akan mencapai seramai 200 juta pendengar seluruh dunia pada tahun 2022.

Beliau turut memaklumkan bahawa terjemahan langsung khutbah Arafah merupakan satu projek meluas untuk seluruh dunia, khususnya pengunjung tanah suci. Projek ini membolehkan penutur bukan Arab untuk mendengar khutbah Arafah dalam bahasa ibunda mereka.

Kerajaan Arab Saudi meluluskan terjemahan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Melayu, Urdu, Parsi, Rusia, Cina, Benggali, Turki dan Hausa, serta tambahan empat bahasa lain iaitu Sepanyol, India, Swahili dan Tamil dalam senarai terjemahan tahun ini.

Kata Sheikh Abdul Rahman, Kerajaan Arab Saudi menawarkan sokongan sepenuhnya kepada pembangunan perkhidmatan di kedua-dua masjid suci itu.

Mereka berhasrat untuk menyampaikan mesej Islam mengenai kesederhanaan dan toleransi kepada dunia menerusi teknologi moden dalam menyantuni para jemaah dan pengunjung. Projek terjemahan itu juga berpendirian menentang keganasan dan ekstremisme.

Jelas beliau, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi turut menekankan kepentingan dan kesejahteraan dalam menjaga jemaah haji terutamanya pada musim haji tahun ini setelah wabak COVID-19 melanda seluruh dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: