Tempatan

CPTPP: GKN Gesa PM Jangan Serah Bulat-Bulat Kepada MITI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 19 Januari 2023 – Gabungan Kedaulatan Negara selesai menyerahkan memorandum membantah ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kepada Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Encik Azman bin Abidin.

Gabungan Kedaulatan Negara yang membantah ratifikasi CPTPP menggesa pihak Kerajaan khasnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melihat natijah ratifikasi tersebut dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada MITI semata-mata.

Salah seorang jurucakapnya, Tuan Mahmud Hishamuddin bertegas meminta wakil pejabat Perdana Menteri yang hadir menerima memorandum untuk menyampaikan harapan gabungan.

Seorang lagi wakil gabungan, Dr Jeyakumar Devaraj menegaskan Price Waterhouse Coopers (PWC) terlalu pro perniagaan dan mahu Kerajaan mempertimbangkan semua kajian yang akan dipertimbangkan rakyat untuk kelak berbuat keputusan.

“PWC lebih kepada pro business dan kita mahu Kerajaan melihat semua kajian. Kongsikan dengan rakyat untuk buat keputusan,” ujarnya

Encik Azman bin Abidin memberi keyakinan bahawa beliau akan menyampaikan hasrat gabungan kepada YAB Perdana Menteri dan menerima memorandum membantah ratifikasi CPTPP ini.

Kenyataan beliau itu disambut dengan laungan ‘Jangan Jual Negara’ dan ‘Bantah CPTPP’ oleh wakil-wakil NGO yang hadir.

Pagi tadi, gabungan NGO hadir di perkarangan Kompleks Seri Perdana Putrajaya bagi membantah ratifikasi CPTPP oleh Kerajaan Malaysia di samping menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah pun menandatangani semua dokumen pentadbiran yang diperlukan untuk memastikan eksport dan import di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dapat diteruskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: