Antarabangsa

Rel Trem Era Kolonial Belanda Ditemui Di Tapak Projek MRT Jakarta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 20 November 2022 – Rel trem peninggalan era kolonial Belanda ditemui di tapak projek pembangunan Mass Rapid Transit (MRT), Jakarta baru-baru ini, lapor sebuah agensi berita Indonesia.

Pakar arkeologi dari Universiti Indonesia, Charunia Arni Listya atau Lisa berkata, rel trem yang ditemukan itu merupakan projek buatan kolonial Belanda yang bahkan belum lagi dibina di negaranya pada ketika itu.

“Rel trem di Batavia wujud lebih awal daripada di Belanda sendiri,” ujar Lisa.

Katanya, terdahulu, pembinaan trem di Batavia (Jakarta) hanya digunakan sebagai tempat uji kaji kerajaan kolonial Belanda.

Setelah ia dianggap berjaya, barulah Belanda akan membinanya di negara sendiri.

Menariknya, rel trem itu bukan sahaja wujud lebih awal di Indonesia berbanding Belanda tetapi ia juga adalah rel trem yang tertua di negara ini.

“Trem ini adalah yang pertama di Asia dan yang tertua di Indonesia,” jelas Lisa.

Pada tahun 1619, Belanda telah menawan Jayakerta dan menggantikannya dengan nama Batavia sebagai ibu kota India Timur Belanda. Namun, zaman kolonial tersebut berakhir setelah pendudukan Jepun dalam Perang Dunia II.

Sewaktu pendudukan Jepun itu, Indonesia berjaya mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos 1949 dan kembali menamakan bandar tersebut sebagai Djakarta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: