Tempatan

Khidmat Ibu Tumpang Haram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEGERI SEMBILAN, 22 Ogos 2022 – “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil. 2/2019 yang bersidang pada 28 Mac 2019 bersamaan 21 Rejab 1440H telah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang (surrogate motherhood) untuk mendapatkan zuriat adalah haram dalam Islam,” kongsi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dalam laman Facebook mereka.

Sebab pengharaman ini adalah kerana ia boleh menyebabkan kecelaruan dari segi nasab anak yang akan dilahirkan, walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah.

Tambah muzakarah, bagi kes perkahwinan poligami, menanam embrio ke dalam rahim salah seorang isteri sebagai ibu tumpang sedangkan ovum diperolehi daripada isteri yang lain (embrio dihasilkan daripada percantuman sperma suami dengan isteri kedua tetapi ditumpangkan kepada isteri pertama), hukumnya haram berdasarkan kaedah “Sad az-Zari‘ah”.

Walau bagaimanapun, status hukum menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang ini tidak diwartakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: