Antarabangsa

Banyak Negara Ditekan AS Supaya Tidak Bantu Mangsa Gempa Syria

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 10 Februari 2023 – Presiden Syria, Bashar al-Assad telah menyatakan bahawa banyak negara yang berada di bawah tekanan Amerika Syarikat supaya mereka tidak membantu Syria dalam tragedi gempa bumi yang baru berlaku.

Pada kenyataan yang sama juga, Bashar telah menzahirkan penghargaan beliau terhadap negara-negara yang telah membantu Syria dan kerajaannya sewaktu negara tersebut ditimpa musibah gempa itu.

Kenyataan Bashar itu dibuat sewaktu perjumpaan beliau dengan perwakilan Lubnan yang diketuai oleh Menteri Luar Abdallah Bou Habib yang hadir ke Syria untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan status gempa bumi di negara itu.

Perwakilan dari Lubnan itu menekankan bahawa lawatan mereka ke Syria adalah untuk menzahirkan solidariti serta simpati terhadap Syria.

BACA JUGA: Tiada Apa Di Dunia Ini Yang Tiada Ancaman – Hj Aminuddin

BACA JUGA: Dikhuatiri Lemas Dalam Latihan, TLDM Bantu Dalam Operasi SAR

BACA JUGA: Jangan Nafikan Hak Sabah, Sarawak Yang Patut Mereka Terima – Peguam Senior, Haniff Khatri

Bashar menyifatkan bantuan daripada Lubnan itu sebagai sesuatu yang sangat efektif dan membantu meningkatkan moral warga Syria.

Dalam ucapan penghargaan terhadap Lubnan dan negara-negara lain yang segera membantu Syria sewaktu berada di dalam situasi kritikal, Bashar turut menyatakan bahawa beliau tahu yang banyak negara yang kini ditekan oleh AS. Ujarnya,

“Kami tahu bahawa banyak negara yang berada di bawah tekanan AS untuk tidak menghulurkan bantuan kepada Syria”.

Manakala Bashar al-Jaafari, duta Syria ke Rusia pula mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu mengenai diskriminasi yang dilakukan oleh Barat terhadap Syria dengan mengatakan bahawa lebih banyak bantuan yang dihantar ke Turki berbanding Syria walaupun gempa bumi itu berlaku di kedua-dua negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: