Antarabangsa

Ketua Kawalan Media Rusia Mahu Undang-Undang Sekat Propaganda LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 19 Oktober 2022 – Pengerusi Seliaan Media Rusia, Roskomnadzor telah menyeru agar diwujudkan undang-undang bagi melarang propaganda LGBT+ terhadap kesemua warga Rusia tanpa mengira umur.

Perkara tersebut telah dicadangkan ketika sesi pendengaran parlimen mengenai inisiatif menghalang promosi “hubungan seksual bukan tradisional” dan pedofilia.

Buat masa ini, propaganda Gay hanya dihalang apabila melibatkan kanak-kanak, namun masih boleh diakses oleh golongan selain kanak-kanak.

Andrey Lipov, Pengerusi bagi Roskomnadzor telah menyatakan kepada ahli parlimen yang hadir pada Isnin lalu bahawa terdapat banyak bahan yang bersifat lucah, termasuk buku, mengandungi kandungan yang bersifat “non-tradisional” dan masih boleh diperolehi oleh golongan bawah umur.

Menurutnya lagi, bagi melindungi masyarakat daripada masalah berkenaan LGBT+ dan lain-lain orientasi seksual yang merosakkan, termasuk pedofilia dan keganasan seksual, pengharaman adalah perlu, bukan sekadar kepada kanak-kanak malah kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau turut menyatakan bahawa pengharaman mutlak terhadap propaganda LGBT+ ini dapat membantu Roskomnadzor untuk melindungi kedaulatan spiritual dan moral di negara tersebut.

Pengerusi Duma, Vyacheslav Volodin menyatakan bahawa bil cadangan bagi mewujudkan undang-undang baharu tersebut mungkin akan dipersetujui ketika sesi pembacaan pertama pada awal minggu hadapan.

Volodin turut menzahirkan harapan beliau agar undang-undang tersebut dapat melindungi warga Rusia daripada “kegelapan yang sedang merebak di seluruh dunia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: