KETIKA RAKYAT TUNTUT MORATORIUM, KWSP…
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
Situasi saat ini makin parah dan serba-serbi merisaukan. Pandemik Covid-19 tanpa tarikh akhir ini menyebabkan ramai pemain dalam sektor ekonomi mula meminta-minta.
Kempen ‘Kibarkan Bendera Putih’ yang digerakkan melalui media sosial telah disambut dengan begitu agresif oleh masyarakat kita. Ia petanda bahawa makin ramai yang tersepit dan kurang pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
Wang dalam poket sudah makin kering. Wang simpanan di dalam akaun bank pula sudah berubah digit sikit demi sikit. Aset dan harta berharga makin hilang, habis digadai ke sana sini.
Kes Covid-19 pula tak pernah terhdoktor enti. Keadaan di wad dan hospital rawatan Covid-19 sentiasa penuh. Tiada satu saat pun yang lenggang dan santai. Jumlah katil di wad dan di ICU semakin hari semakin penuh. Alat bantuan pernafasan pun tidak pernah berehat, sama seperti para pejuang kita Sang Frontliners.
Namun malangnya ada di kalangan rakyat kita yang berkempen mahu menuntut keabsahan dalam skim pekerjaan mereka. Ketika mana situasi makin cemas, tidak menentu dan darurat, masing-masing tidak fikirkan soal keabsahan lagi. Yang penting adalah menyelamatkan diri dari menjadi korban Covid-19 atau korban kelaparan tiada makanan.
Maaf cakap, tindak tanduk sesetengah pihak yang tetap mahu ‘menyerang’ dan mendesak kerajaan untuk menuruti selera akbar mereka adalah contoh teladan yang tidak manis. Walhal mereka ini kumpulan yang menjadi kepercayaan tertinggi masyarakat massa.
Tiada kata-kata atau nasihat mereka yang tidak didengari oleh masyarakat yang merintihkan kesihatan yang baik. Disuruh makan dua biji ubat sehari, masyarakat akan ikut tanpa tapi-tapi. Disuruh lakukan pembedahan di mana-mana anggota tubuh, masyarakat bersusah payah mencari duit untuk melakukan juga, bagi menuruti kata-kata mereka ini.
Namun tiba-tiba mereka hadir pada hari Isnin mahu bertukar pakaian. Dari uniform berwarna putih sebagai cerminan ketelusan ilmu dan akal budi, menjadi pakaian berwarna hitam kegelapan. Mungkin mencerminkan apa yang ada di dalam hati.
Cukuplah! Ini bukanlah masanya untuk kita menegakkan kehendak atau hak kita sekali pun. Ini masa untuk kita sama-sama bekerja, saling bantu membantu menguruskan masyarakat dan negara bagi mencari pintu keluar dari pandemik Covid-19.
Jika benar kita bersimpati dengan jumlah kes harian yang tak kurang dari 4,000 orang sehari dan statistik kematian akibat bunuh diri yang telah menjengah ke angka 266 orang setakat terkini, maka hentikanlah usaha ‘menghitamkan baju yang putih’ bersih selama ini.
Semoga Pegawai Perubatan UD41 berstatus kontrak di seluruh negara atau ‘para pencatur di belakang’ yang menjadi ‘tangan ghaib’ memikirkan tentang keutamaan negara saat ini. Ada yang lebih penting daripada berusaha menjaga 32.75 juta nyawa dan poket rakyat?
IBN SAAD
Putrajaya
*Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Samudera.my*