Antarabangsa

Kemenangan Mutlak Israel Adalah Penyelesaian – Netanyahu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 11 FEBRUARI 2024 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengeluarkan kenyataan bahawa “tiada jalan penyelesaian lain selain daripada kemenangan mutlak” oleh Israel dalam menentang Hamas.

Kenyataan tersebut telah dibuat setelah pihak Hamas mengeluarkan sebuah dokumen cadangan bagi menamatkan peperangan di Gaza.

Dokumen yang dikeluarkan oleh Hamas itu telah mencadangkan tiga tahap penamatan, gencatan senjata selama 135 hari dengan penukaran tahanan Israel dan tahanan warga Palestin, pembinaan semula Gaza serta siri perbincangan bagi mensasarkan gencatan senjata kekal.

Menerusi kenyataan yang dibuat Netanyahu, beliau menyifatkan bahawa jika pihaknya menuruti apa yang dicadangkan Hamas itu, ianya seolah-olah Israel menyerah kepada pihak pembebasan Palestin tersebut. Ujar Netanyahu lagi,

“Menyerah kepada Hamas adalah tuntutan yang delusi, yang kami baru sahaja dengar, bukan saja ianya tidak akan membawa kebebasan bagi para tahanan, ianya juga hanya akan menambahkan lagi pembunuhan; ianya akan mengundang malapetaka terhadap Israel.”

Katanya lagi, pihak Israel akan dapat mencapai kemenangan menentang Hamas, tidak kira samada ianya mengambil masa bertahun-tahun. Tambahnya juga,

“Kami sedang menuju kemenangan mutlak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: