Tempatan

Ketepatan Masa Antara Rungutan Utama Pengguna Pengangkutan Awam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 15 Ogos 2023 – Ketepatan masa merupakan rungutan utama daripada para pengguna pengangkutan awam, menurut tinjauan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Tinjauan Universiti UCSI.

Berdasarkan tinjauan tersebut, pusat penyelidikan itu mendedahkan 54 peratus melibatkan aduan kurang menepati masa, 48 peratus melibatkan sambungan destinasi akhir yang lemah manakala 47 peratus mengatakan tambang yang terlalu mahal.

Tinjauan tersebut yang dijalankan dari 10 Julai hingga 04 Ogos baru-baru ini telah mengambil kira maklum balas dari 1,029 responden akan pandangan mereka terhadap pengangkutan awam di Malaysia.

BACA JUGA: Kementerian Pertimbang Tidak Perbaharui Lesen Taska Tiada CCTV

BACA JUGA: Islam Agama Paling Cepat Berkembang, Atasi Jumlah Penganut Kristian

BACA JUGA: Jakarta Ungguli Carta Udara Paling Kotor Di Dunia

Berdasarkan tinjauan, 21 peratus responden menyatakan bahawa mereka menggunakan pengangkutan awam setiap hari, 22 peratus menggunakannya beberapa kali dalam seminggu manakala 24 peratus menyatakan mereka menggunakannya sebanyak beberapa kali dalam sebulan.

Berhubung sebab mereka menggunakan pengangkutan awam, 39 responden menyatakan mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri, 25 peratus menyatakan akibat kesesakan lalu lintas dan 18 peratus pula menyatakan kekurangan kemudahan parkir di samping kos yang ditanggung sekiranya menggunakan kenderaan sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: