Tempatan

Ketahui Fungsi Kerajaan Caretaker – Ketua Setiausaha Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA, 18 Ogos 2021 – “Kerajaan Caretaker hanya berfungsi untuk mentadbir negara sehingga satu kerajaan baharu dibentuk,” kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Bin Ali.

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan kerajaan Caretaker tetapi kenyataan ini adalah berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel.

“Kerajaan Caretaker boleh mengambil tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran Kerajaan.”

“Walau bagaimanapun, kerajaan Caretaker tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat, atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam.”

Tambah KSN lagi, kerajaan Caretaker boleh mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

a) Menjalankan tugasan rasmi rutin, termasuk kuasa yang diberi di bawah undang-undang bagi memastikan kerajaan berfungsi;

b) Mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran Kerajaan;

c) Meneruskan perlaksanaan dasar dan program sedia ada yang mana peruntukan kewangan baginya telah disediakan seperti Program Imunisasi Kebangsaan (PICK), Pelan Pemulihan Negara, dan bantuan lain sebelum tarikh Perdana Menteri meletakkan jawatan;

d) Membuat apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji yang mana dasar telah diluluskan oleh Kerajaan atau peruntukan mengenainya telah diluluskan oleh Parlimen seperti Belanjawan tahun semasa; Dan

e) Mengadakan dan menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program Kerajaan.

16 Ogos baru-baru ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan supaya Mahiaddin bin Md. Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pelantikan itu diputuskan setelah Seri Paduka Baginda berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, serta seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa hari yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: