Tempatan

Ketagihan Kanak-Kanak Kepada Air Gas Lebih Teruk Berbanding Ketagih Dadah Kokain – Doktor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2022 – Ketagihan gula di dalam air bergas adalah lebih teruk daripada ketagih kepada dadah kokain, menurut pengamal perubatan, Dr Mazliana Mazlan yang menjelaskan berkenaan bahayanya pengambilan minuman tersebut kepada kanak-kanak.

Dalam hantaran di Instagramnya, beliau juga mengatakan bahawa minuman tersebut tidak bagus dan bukan minuman untuk kanak-kanak walaupun dilabel ‘pilihan lebih sihat’.

“Yang banyak, hanyalah gula. Walau ditulis zero kalori tanpa gula, dan diganti dengan pemanis tiruan, tetap ianya bukan untuk kita jadikan sebagai minuman anak-anak k.”

Lama-kelamaan, kanak-kanak akan terbiasa dengan tahap gula tersebut dan tidak menyukai rasa tawar dan kurang manis kerana lidah mereka sudah terbiasa dengan makanan dan minuman yang manis sahaja, ujar Dr Mazliana Mazlan.

“Anak mudah nak reject nasi, taknak makan buah, tak pandang langsung sayur. Sebab deria rasa diorang hanya suka yang manis-manis je.”

Tambah beliau, kesan kepada pengambilan minuman bergas ini akan menyebabkan berat badan kanak-kanak meningkat sehingga berisiko mendapat obesiti dan asid fosforik dari air bergas tersebut akan menghakis kalsium dari tulang yang akan menyebabkan tulang kanak-kanak tidak kuat dan mudah patah.

Selain itu, penggunaan aspartame, pemanis tiruan yang banyak digunakan memberi kesan neurotoxin dan boleh merosakkan otak anak-anak, selain pewarna tiruan yang digunakan sebagai ramuan dalam minuman bergas tersebut juga, contohnya pewarna karamel iaitu salah satu bahan yang bersifat karsinogen membawa kepada risiko penyakit kanser.

Samudera.my sebelum ini pernah menyiarkan kenyataan Dr Mazliana Mazlan mengenai perasa makanan, kicap, di mana ianya bukanlah makanan untuk anak-anak kecil kerana tidak sesuai apatah lagi bagi yang berumur bawah 2 tahun.

“Soya yang diperam sebenarnya bagus, ada kandungan probiotik. Tapi, bila dah letak gula dan garam yang banyak, ada lagi MSG, ini yang tak okay untuk anak kecil kita.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: