Tempatan

200,000 Bangladesh Di Malaysia Tiada Dokumen, Bangladesh Bakal Jadi Bangsa Minoriti?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – “200,000 WARGA BANGLADESH TIADA DOKUMEN
Alhamdulillah. Kita kena sasarkan sekurang-kurangnya 4-5 juta lagi warga Bangladesh agar boleh jadi salah satu bangsa yang minor dalam Malaysia. Biar orang Cina dan India rasa macam mana orang Melayu rasa dalam Malaysia.
Anda rasa?”

Ini kenyataan dilemparkan oleh Pengerusi Pertubuhan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari susulan laporan yang mendedahkan sebanyak 200,000 rakyat Bangladesh yang berada di negara ini dikesan tidak mempunyai dokumen yang sah.

BACA JUGA: Tuntutan Sulu Ancam Keselamatan Negara, Laporan Polis Dibuat

BACA JUGA: Anjur Pesta Seks Bebas, Polis Buka Siasatan

BACA JUGA: Salahkan Politik Semasa Punca Gagal Sea Games, Hannah Yeoh Ditanya Tentang Kenya, Cuba

Menurut portal tempatan, setakat Mac 2023, Data Majlis Keselamatan Negara (MKN) menunjukkan warga Bangladesh berjumlah 453,363 orang menduduki carta teratas kumpulan pekerja asing paling ramai di negara ini berbanding 412,930 warga Indonesia.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md. Saad pula berkata, “Terdapat kemungkinan bahawa 200,000 pekerja Bangladesh yang tidak mempunyai dokumen sah ini adalah terdiri daripada golongan melakukan kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa, melarikan diri daripada majikan, tidak pulang ke negara asal selepas kontrak pekerja asing tamat (langgar syarat pas) dan kesalahan lain berkaitan keimigresenan.”

Ujarnya lagi, terdapat juga insiden melibatkan warga Bangladesh mengeksploitasi kad UNHCR dan menyamar sebagai pelarian Rohingya sebagai kaedah untuk menetap di negara ini.

Terdahulu, portal tempatan mendedahkan lambakan diaspora Bangladesh ke negara ini yang menceroboh tanah-tanah rizab kerajaan di Pulau Meranti, Puchong sebagai kebun sayur haram.

Selain itu, mereka turut memonopoli sektor perniagaan di pasar-pasar borong, didorong oleh kelemahan dan ketirisan UNHCR dari segi kawal selia.

Berikutan itu, Datuk Rodzi Md. Saad menuntut UNHCR agar bertanggungjawab dalam isu-isu membabitkan keberadaan pelarian dalam negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: