Tempatan

Kesihatan Mental Mangsa Banjir Perlu Diberi Perhatian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA NERUS, 01 Oktober 2022 – Kesihatan mental mangsa banjir akan diberi perhatian terutama mereka yang pertama kali berhadapan dengan musibah banjir, dikhuatiri mengalami gangguan emosi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (KPWKM) , Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, seramai lebih 1,000 kaunselor bertauliah telah bersiap sedia bertugas terutama di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi membantu mangsa banjir menangani tekanan.

“Perkhidmatan bimbingan kaunseling terhadap mangsa banjir tersebut akan turut dibantu sebahagian anggota Skuad Waja yang telah menerima kursus dan latihan khas,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Sayyidatina Aishah anjuran kerajaan negeri Terengganu.

Katanya, seramai 326,500 sukarelawan yang mendaftar dalam Skuad Waja sudah bersiap sedia membantu mangsa banjir menjelang monsun Timur Laut tidak lama lagi.

“Skuad Waja berperanan membantu agensi bertanggungjawab melancarkan operasi lebih 6,000 PPS yang dijangka dibuka di seluruh negara.”

“Mereka juga berperanan membantu menangani isu-isu psikososial dalam kalangan mangsa banjir,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: