Antarabangsa

Keselamatan Siber, Penjawat Awam Belanda Bakal Dihalang Guna Facebook

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 07 FEBRUARI 2024 – Penjawat awam di Belanda berkemungkinan berhadapan dengan sekatan dari menggunakan media sosial Facebook berikutan kebimbangan akan keselamatan data pada pangkalan tersebut.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh akhbar tempatan, De Telegraaf pada Isnin lalu, di mana Menteri Digitalisasi Belanda Alexandra van Huffelen telah menyatakan kepada akhbar tersebut berkenaan maklumat bahawa laporan formal berkenaan isu terbabit masih belum dimuktamadkan.

Menurut van Huffelen, pendirian pentadbiran negara tersebut yang bersikap berhati-hati terhadap bagaimana sikap Meta, sebuah syarikat induk Facebook itu mengendalikan maklumat sensitif para pengguna.

Pada November lalu, pihak berkuasa keselamatan data Belanda, atau Dutch Data Protection Authority (AP) telah diminta untuk menasihati pihak pentadbiran samada para penjawat am dibenarkan untuk menggunakan Facebook ataupun tidak. Permintaan pihak pentadbiran terhadap AP itu dijangkakan akan menerima maklum balas tidak lama lagi.

Menurut De Telegraaf lagi, sumber telah menyatakan bahawa memo untuk menguatkuasakan sekatan tersebut sudah disediakan setelah para pegawai Belanda merasakan bahawa reaksi pihak Meta terhadap kebimbangan pentadbiran Belanda itu adalah tidak memadai.

Laporan yang sama juga mendakwa bahawa persediaan di peringkat pentadbiran pusat sedang dibuat dalam memutuskan hubungan dengan pangkalan media sosial terbabit.

Pada tahun lalu, Belanda telahpun menyekat para penjawat am daripada memasang aplikasi TikTok pada telefon bimbit yang digunakan dalam urusan kerja berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan terdapat aktiviti pengintipan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: