Tempatan

Kesedaran Mental: JAKIM Laksana Program Dakwah, Pembangunan Insan Peringkat Lapangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Julai 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah bersama-sama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menggerakkan program-program dakwah, pembangunan insan serta terapi psikospiritual syarie di peringkat lapangan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar dalam satu kenyataan, pihaknya mengambil maklum Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang telah mendedahkan bahawa seramai sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan.

Katanya, menerusi hasil tinjauan tersebut yang dilakukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan penduduk yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda dari 2019 hingga 2023 di mana hampir separuh daripada mereka telah berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang isu ini perlu diberikan perhatian oleh semua pihak untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani isu tersebut.”

Beliau turut menyatakan bahawa, program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.

Masjid-masjid di bawah pengurusan JAKIM dan JAWI juga telah diarah untuk melipat ganda program-program kesedaran berkaitan isu-isu kesihatan mental kepada masyarakat awam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat yakin dengan kerjasama strategik semua pihak, ia akan memberikan kekuatan kepada usaha-usaha menangani isu-isu kesihatan mental,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: