Antarabangsa

Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa Melantik Pengerusi Baharu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 12 September 2022 – Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) telah melantik Habib Salem Saqqaf Al-Jafri sebagai pengerusi baharu kesatuan itu, menggantikan Ahmed Raissouni.

Dalam satu kenyataan, pelantikan Habib Salem sebagai pengerusi terpakai sehingga pemilihan pengerusi baharu diadakan pada Januari ini.

Habib Salem, 68 tahun, berkelulusan PhD dalam Undang-Undang Islam (Syariah) dan bekerja sebagai pensyarah di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial di negaranya.

Ogos lalu, Ahmed Raissouni telah meletak jawatan sebagai pengerusi IUMS selepas mencetuskan kontroversi mengenai wilayah Sahara Barat. Beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mauritania harus menjadi sebahagian daripada Maghribi.

Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut telah mendapat kecaman beberapa kumpulan di Mauritania di tengah-tengah desakan agar beliau berundur. Menurut PBB, Sahara Barat merupakan kawasan di sepanjang pantai Atlantik Afrika dengan populasi kira-kira 600,000 penduduk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: