Tempatan

Kesatuan Pramugari Gesa Kerajaan Larang Jocelyn Naiki Semua Penerbangan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Jun 2023 – Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) menggesa Kerajaan melarang pelawak, Jocelyn Chia daripada menaiki semua penerbangan Malaysia Airlines susulan perbuatan wanita itu menghina Malaysia dan mempersenda tragedi MH370 yang pernah melanda negara 9 tahun lalu.

Lapor media tempatan, NUFAM juga menggesa agar Kerajaan Malaysia melarang Jocelyn melintasi sempadan negara sekali gus menyeru pihak berkuasa Malaysia mengenakan tindakan tegas terhadap pelawak tersebut sehingga dia memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini.

Ujar kesatuan itu, sesungguhnya perbuatan Jocelyn sukar diterima oleh rakyat Malaysia terutamanya keluarga penumpang dan krew MH370.

“Walaupun beliau dikatakan seorang pelawak profesional yang tinggal di Amerika Syarikat, tapi adalah lebih wajar jika seseorang pelawak itu menunjukkan sifat hormat dan sensitif kepada nyawa yang terkorban, terutama sekali kepada keluarga mangsa MH370,” tegasnya.

BACA JUGA: Vaksin COVID-19: Kesan Sampingan ‘Kematian’ Tidak Dimasukkan Kerana Aplikasi “Terhad”

BACA JUGA: Pemuda UMNO Bakal Serah Memorandum Bantah Kebiadapan Jocelyn Chia Perlekeh Malaysia

BACA JUGA: Sup Tulang Babi Makanan Tradisi, “Astaghfirullah” Kata Mantan Menteri KKOM

“Tidak ada yang melucukan apabila anda mempunyai keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam mana-mana insiden kemalangan atau kehilangan jiwa semasa dalam penerbangan.”

“Joceyln Chia sebagai pelawak sudah melampaui batas apabila menyentuh isu MH370 secara sinis. Dia secara langsung telah melukai perasaan keluarga, anak-anak dan rakan-rakan yang masih bersedih atas kehilangan MH370,” tambah NUFAM.

Dalam pada itu, NUFAM turut mendakwa, tindakan Jocelyn mengutuk Malaysia menunjukkan dia mempunyai persamaan dengan seorang yang bersifat rasis.

“Yang pasti Joceyln telah melukakan perasaan ramai rakyat Malaysia dan Singapura yang sentiasa menghormati keamanan dan keharmonian antara satu sama lain.”

“Sedangkan Malaysia sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan Singapura sebagai jiran rapat selama ini,” tambahnya.

Terdahulu, samudera.my melaporkan, Menteri Luar Negeri, Dr. Zambry Abd Kadir mengecam tindakan wanita bernama Jocelyn Chia yang jelas memperlekeh Malaysia dan mempersenda tragedi MH370.

Beliau menekankan bahawa video wanita itu jelas menggambarkan perilaku yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran negara Asia yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: