Tempatan

Kesatuan Mahasiswa Gesa KPT Perkenal Akta Pengajian Tinggi, Mansuh AUKU

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PUTRAJAYA, 11 Disember 2022 – Kesatuan mahasiswa universiti awam dan swasta kelmarin menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk segera memperkenalkan Akta Pengajian Tinggi dan memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

Menurut Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Ooi Guo Shen, pihak KPT juga digesa untuk memansuhkan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 serta akta-akta lain yang berkenaan.

Dalam pada itu, kesatuan mahasiswa tersebut turut menggesa agar jawatankuasa teknikal yang mengkaji pemansuhan AUKU dihidupkan semula dan dianggotai oleh golongan pakar dan aktivis.

“Jawatankuasa Teknikal Mansuhkan AUKU ini perlu dianggotai oleh pakar atau pengkaji undang-undang dalam bidang yang berkaitan,” kata Ooi.

Malah, Ooi turut menyarankan agar jawatankuasa itu dianggotai oleh aktivis mahasiswa dan aktivis sosial yang mempunyai pengalaman berkaitan serta ahli-ahli akademik dan wakil pentadbiran universiti juga Kerajaan.

Katanya, usaha untuk memansuhkan AUKU ini telah dijalankan sejak tahun 2018 namun ia terhenti susulan perubahan Kerajaan.

Senada dengan Ooi ialah wakil Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY), Lai Yue Yi yang turut menggesa agar Kerajaan Perpaduan memansuhkan AUKU seperti yang diutarakan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

“Dengan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu, kami menuntut supaya Kerajaan menunaikan manifesto dengan kadar segera,” ujarnya pada sidang media yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: