Antarabangsa

Konflik Sudan: Warga Khartoum Diancam Kebuluran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUBA, SOUTH SUDAN, 31 Julai 2023 – Rakyat Sudan terutama warga Khartoum diancam kebuluran akibat konflik yang berlarutan hampir lima bulan hingga membunuh ratusan orang dan menjadikan jalan-jalan di ibu kota Khartoum sebagai zon perang.

Menurut laporan media, import makanan negara dan pertanian domestik telah menghadapi gangguan teruk, menyebabkan rak pasar raya kosong.

BACA JUGA: Bulan Kemerdekaan: Peniaga Diseru Kibarkan Jalur Gemilang Di Premis

BACA JUGA: Pilihan Raya: Bayaran Tiket Bas, Ole-Ole, Satu Kesalahan – SPRM

BACA JUGA: PRN: Dilarang Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan – CAAM

Kebanyakan pasar, kedai dan stesen minyak ditutup, malah komoditi asas seperti gas memasak adalah terhad dan dijual pada harga terlalu tinggi di pasaran gelap.

“Mendapatkan bekalan yang sedikit adalah satu cabaran, ditambah lagi dengan ancaman peluru yang berterusan dan kekurangan wang tunai, elektrik, air dan gas,” luah seorang penduduk Khartoum, Yasir Hassan, 45.

Katanya, harga barangan keperluan melambung tinggi, dengan kos kambing mencecah $91 sekilogram manakala daging ayam hampir tiada, dan buah-buahan serta sayur-sayuran semakin hilang dari pasaran.

Susulan itu, kebanyakan keluarga tidak mempunyai pilihan lain selain menanggung kelaparan dan kekurangan zat makanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: