Tempatan

Kesatuan Eropah Akan Sekat Import Minyak Kelapa Sawit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 14 Disember 2022 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menzahirkan kebimbangan mereka mengenai keputusan pihak Kesatuan Eropah (EU) bagi menyekat import beberapa barang termasuklah minyak sawit.

Antara produk import yang akan disekat oleh EU selain minyak kelapa sawit adalah daging lembu, soya, kopi, koko dan balak.

Menurut sebuah kenyataan yang telah dikongsikan oleh Suruhanjaya Eropah (EC) menerusi laman web mereka, EU telah mencapai persetujuan untuk menghalang import masuk barangan yang dinyatakan.

Persetujuan tersebut telah dicapai pada 6 Disember lalu manakala sebab bagi penyekatan tersebut dibuat adalah kerana barang-barang tersebut dikatakan sebagai “pemacu penebangan hutan”, jika barang tersebut datang dari kawasan hutan yang telah ditebang setelah 31 Disember 2020.

Pihak EC menyatakan bahawa apabila peraturan baharu itu dikuatkuasakan, kesemua syarikat yang terlibat akan diwajibkan untuk menjaga ketelitian mereka berkaitan barang-barang yang terlibat jika mereka mahu memasarkan produk mereka ke dalam pasaran EU.

Kenyataan yang sama turut menyatakan bahawa EU kini sudah boleh memulakan peraturan tersebut sebelum ianya dikuat kuasakan, manakala para peniaga pula diberi tempoh 18 bulan bagi tujuan yang sama.

Pengarah MPOB, Ahmad Parveez Ghulam Kadir menyatakan bahawa peraturan EU tersebut hanya menyasarkan penanaman komoditi daripada negara-negara ekonomi membangun, sebagai cabaran dalam melindungi persekitaran dunia.

Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia sangat komited dalam menghasilkan minyak sawit menurut prinsip-prinsip dan kriteria yang mampan di bawah Skim Persijilan Mampan Minyak Sawit Malaysia (MPSO) yang telah diimplementasikan secara wajib bermula dari 1 Januari 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: