NGO

Kesan Vaksin: Kerajaan Mesti bayar Ganti Rugi & Jangan Bersikap Khianat – PPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Julai 2022 – Konvensyen Kebajikan Rakyat (KKR) menuntut agar pihak Kerajaan untuk membayar segala ganti rugi yang telah dijanjikan bagi mereka yang telah mendapat kesan negatif akibat mengambil vaksin COVID-19 di sidang media Deklarasi Manifesto Konvensyen Kebajikan dan Tuntutan Rakyat.

Pengerusi sidang media tersebut, Ustaz Masridzi Sat menegaskan bahawa, mantan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba telah menjanjikan pampasan RM 50,000 bagi setiap yang mendapat kesan sampingan sebagai kos untuk mendapatkan rawatan manakala mereka yang meninggal dunia pula keluarganya dijanjikan sebanyak RM500,000.

“Apabila kami bersuara, kami dituduh ekstrem, anti-vaksin. Padahal kami tidak sebagaimana yang mereka nyatakan itu. Kami hendak menolong Kerajaan dan kami juga lengkap dua dos vaksin.”

“Sepanjang dua tahun dalam tempoh pandemik, ratusan ribu aduan kami terima daripada pelbagai lapisan masyarakat, yang majoriti tidak setuju dengan dasar atau peraturan dikenakan KKM.”

“Masjid, surau, sekolah agama diserbu, dikenakan denda kerana konon melanggar SOP. Jemaah menunaikan solat digari. Kami dianggap penjenayah sepanjang tempoh itu dan betapa hinanya kami pada mereka,” kata beliau.

Ustaz Masridzi Sat juga mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang disifatkan untuk menyekat hantaran-hantaran di media sosial yang cuba memberi gambaran sebenar mengenai hakikat vaksin.

“Kita juga melihat bahawa sekatan terhadap orang awam untuk dapatkan maklumat penjelasan yang benar telah disekat. Berapa kali Facebook kita tulis sikit sahaja vaksin terus diblock 30 hari.”

“Kenapa takut untuk mendengar rintihan rakyat? Kenapa takut untuk mendengar pandangan walaupun kita berbeza pandangan. Jangan sampai block kita punya media.”

Selain itu, beliau juga melahirkan rasa dukacitanya terhadap sikap media-media utama dalam negara yang juga cuma membuat laporan yang dilihat condong ke arah yang sesuai dengan naratif pihak kerajaan semata-mata.

“Tidak profesional media macam tu,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: