Tempatan

Kesan Mansuh Hukuman Mati Mandatori Sudah Dimaklumkan Kepada Keluarga Mangsa? – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023 – “Adakah kesan ini sudah dimaklumkan keluarga mangsa? Adakah ini yang dimahukan keluarga mangsa?” soal peguam, Lukman Sheriff Alias berhubung isu pemansuhan hukuman mati mandatori yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau menekankan, sepatutnya keluarga mangsa dirujuk sama ada mahu atau tidak hukuman ini dikaji semula kerana mereka yang terkesan akibat kehilangan insan tersayang.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan, sekiranya pemansuhan ini lulus, semua pesalah yang sudah disabitkan kesalahan membunuh oleh Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan, akan dan sepatutnya berhak meminta keputusan hukuman mereka dikaji semula.

BACA JUGA: Cedera Fizikal & Mental, Mangsa Kemalangan Tren Rapid, Failkan Saman Berkumpulan

BACA JUGA: Jemaah Boleh Tunai Umrah Sekali Sahaja Bulan Ramadan – MoHU

BACA JUGA: Negara Catat Lebih 1,000 Kes Penderaan Kanak-Kanak Tahun Lepas

Walau bagaimanapun, Lukman berpendapat, “Sepatutnya pemansuhan hukuman mandatori mati bagi kesalahan membunuh dengan penuh niat (premeditated murder) dirujuk kepada rakyat. Dapat pungutan suara.”

“Dari amatan saya, ramai yg mahu hukuman mandatori dikekalkan bagi kesalahan membunuh dengan niat. Tetapi sebaliknya kita bagi discretion/budi bicara bagi keluarga menolaknya. Wallahualam. Biar rakyat tentukan,” ujar beliau.

Terdahulu, Jemaah Menteri bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati dan hukuman penjara seumur hidup sebagai pelaksanaan perubahan sistem keadilan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: