Tempatan

Nelayan Haram Vietnam Mengganas, Tetak Pegawai APMM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 06 Julai 2023 – Seorang pegawai Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu parah di kepala selepas ditetak nelayan haram warga Vietnam semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Rabu, Leftenan Muda Maritim, Shakir Zufayri Azizul Rahman, 27, yang terlibat dalam operasi menahan sebuah bot nelayan Vietnam cedera parah setelah diserang salah seorang nelayan asing di kira-kira 148 batu nautika dari Kuala Terengganu, lapor sebuah portal tempatan.

BACA JUGA: Tiada Keputusan Naikkan Tarif Air Selangor – MB

BACA JUGA: Koyak, Curah Arak Pada Naskhah Al-Quran, Muslim New Mexico Gesa Siasat Insiden Islamofobia

BACA JUGA: 156 Kes Berprofil Tinggi, Lebih 60% Babitkan Ahli Politik – SPRM

Menurut Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairul Anuar Abd. Majid, pada hari itu, mangsa bersama-sama 18 pegawai dan anggota Kapal Maritim (KM) Gemia menahan sebuah bot yang disyaki nelayan asing sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan berkenaan.

“Sewaktu pemeriksaan sedang dilakukan, seorang awak-awak bot nelayan itu tiba-tiba bertindak agresif dengan menetak kepala mangsa.”

“Pergelutan berlaku sehingga mengakibatkan tekong bot itu dan seorang nelayan masing-masing cedera pada bahagian kaki dan kepala,” ujarnya.

Bagaimanapun, anggota lain dapat mengawal keadaan sebelum menahan 16 kru bot terdiri daripada seorang tekong dan 15 awak-awak daripada terus menyerang dan mencederakan pegawai dan anggota lain.

Tambahnya, dalam kejadian itu, tekong bot turut cedera di bahagian paha, seorang awak-awak cedera di kepala dan dua cedera akibat terkena tembakan masing-masing di bahagian lengan kiri dan peha kiri serta paha kanan.

Siasatan yang dijalankan mendapati kesemua kru bot berkenaan didapati tidak memiliki permit serta lesen yang sah.

“Kesemua kru terbabit ditahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki sebarang pas yang sah,” kata Kepten Maritim Khairul Anuar Abd. Majid.

Selain itu, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang dengan helikopter APMM untuk mendapatkan rawatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: