Terkini

CPTPP: Hak Petani Bakal Tergugat!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2023 – Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan menggugat hak para petani dan keterjaminan makanan negara.

Jurucakap Gabungan Kedaulatan Negara, Chee Yoke Ling berkata, CPTPP terus terang tidak mengkaji kesan kepada pengguna, petani dan sektor pertanian bahkan keterjaminan makanan di negara ini.

BACA JUGA: CPTPP: Perjanjian Bulan & Bintang Sabotaj Ekonomi Negara

BACA JUGA: CPTPP: Perjanjian Pangkor 2.0 Bantut GLC Tempatan

BACA JUGA: CPTPP: ISDS, Undang-Undang Malaysia Dibakulsampahkan

“Dengan ratifikasi CPTPP, hak untuk berkongsi dan menjual benih dari hasil tanaman akan terjejas. Ini adalah hak petani dan hak keterjaminan makanan negara. Ini sangat serius.”

Tegasnya, jaminan dan safeguard yang dicanang oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, itu tidak cukup.

Jelasnya, pada tahun 1970 sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan, 70 peratus daripada ekuiti korporat di Malaysia dipegang oleh syarikat asing.

Namun sejak DEB diperkenalkan, peratusan itu menurun kepada 25 peratus.

Tetapi menyedihkan, pada tahun 20-an, Kerajaan secara sukarela telah melonggarkan polisi dasar sehinggakan syarikat asing boleh masuk dalam banyak bidang di Malaysia dan mereka dibenarkan juga memegang 100 peratus ekuiti dalam negara kita.

Oleh itu, berdasarkan data pada tahun 2019, ekuiti korporat di Malaysia yang dipegang oleh syarikat asing telah mencapai 45 peratus.

Jelasnya, pada tahun 2023 pastinya peratusan itu semakin tinggi memandangkan trend peningkatan itu masih ada, ditambah pula dengan CPTPP sudah pasti pelabur asing diberi lebih banyak hak dan sekali gus mengurangkan hak warga tempatan.

“Oleh itu, kami menyeru Kerajaan untuk mengkaji semula apa yang telah dirundingkan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: