Tempatan

Kes Saman Orang Asli Dipaksa Jadi Muslim, Kerajaan Mahu Selesai Cara Baik – TPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Kerajaan akan meneliti isu sekumpulan Orang Asli yang mendakwa dipaksa memeluk agama Islam.

Ujarnya, perbincangan terperinci akan diadakan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Hajah Sapiah Mohd Nor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan seolah-olah terdapat paksaan untuk memeluk sesuatu agama.

BACA JUGA: Didakwa Menyalahi Undang-Undang, 137 Orang Asli Mohon Batal Status Islam

BACA JUGA: Dakwaan Sembelih Ayam Tidak Ikut Syarak, JAIPk Lakukan Siasatan

BACA JUGA: Cedera Fizikal & Mental, Mangsa Kemalangan Tren Rapid, Failkan Saman Berkumpulan

“Jadi perkara begini kita akan perbincangkan dan kita akan bawa ke makluman JAKIM tangani masalah ini… usaha dakwah secara tindakan susulan saya pasti akan dilakukan,” jamin Zahid Hamidi.

“Soal pengisian (Islam) itu penting untuk dilakukan supaya tak timbul soal kekeliruan, apatah lagi timbul soal seolah-olah ada paksaan.”

Baru-baru ini media melaporkan, 137 Orang Asli daripada suku Bateq Mayah telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membatalkan status Islam mereka.

Berdasarkan daripada kenyataan tuntutan, mereka mendakwa penukaran agama yang haram dan salah itu berlaku pada April 1993, di rumah mereka di Kampung Benchah Kelubi, Merapoh, Kuala Lipis, Pahang.

Enam defendan dinamakan dalam tindakan sivil tersebut termasuklah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pengarah serta pegawainya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP), Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: