Tempatan

Orang Melayu Hilang Semuanya Selepas Saya Letak Jawatan – Tun M

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu hilang segala-galanya selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.”

BACA JUGA: Jemaah Boleh Tunai Umrah Sekali Sahaja Bulan Ramadan – MoHU

BACA JUGA: Negara Catat Lebih 1,000 Kes Penderaan Kanak-Kanak Tahun Lepas

BACA JUGA: Hujan & Ribut Petir Dijangka Langgar Beberapa Negeri 3 Hari Berturut-Turut

Katanya lagi, beliau cuba memulihkan keadaan bangsa Melayu ketika menjawat jawatan Perdana Menteri untuk kali kedua, namun, keadaan berbeza apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan.

“Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas PRU 14. Tetapi Kerajaan PH dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang.”

Kerana itulah, Tun Dr Mahathir melancarkan Proklamasi Orang Melayu.

“Saya menyertai usaha untuk menyedar orang Melayu akan masalah mereka dengan pelancaran proklamasi Melayu.”

Proklamasi Orang Melayu mengandungi 12 perkara dan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu mengenai situasi politik negara masa kini.

Menurut Yang Dipertua Wilayah, Parti PERKASA, Datuk Zaharin Mohd Yasin, proklamasi ini adalah Warning Card kepada Kerajaan untuk melihat prestasi seratus harinya membantu orang Melayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: