Kes Penyeludupan Mercun Dijangka Meningkat, Polis Perketat Operasi
KOTA BHARU, 02 April 2023 – Pihak polis akan memperketat operasi di sempadan bagi memantau kes penyeludupan mercun yang dijangka meningkat musim perayaan ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata bahawa pihaknya bersedia menghadapi situasi berkenaan dan telah selesai bermesyuarat dengan pihak berkuasa Thailand dalam mengaturkan strategi baharu.
BACA JUGA: Pelajar, Tukang Kebun Ditahan Kerana Jenayah Dadah
BACA JUGA: Ramadan: ‘Geng Plastik Hitam’ Guna ‘Drive-Thru’ Ambil Makanan Dipesan
BACA JUGA: KTM Sedia Tren Khas Aidilfitri Ke Pantai Timur
Polis di negeri itu menganggarkan peningkatan permohonan permit jualan bunga api dan mercun tahun ini ekoran negara tidak lagi dibelenggu wabak COVID-19.
Jelas beliau, mungkin permit jualan dua barangan tersebut akan dikeluarkan dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Walau bagaimanapun, menurutnya, “Setakat seminggu Ramadan belum ada kes penyeludupan mercun ke negara ini.”
Beliau memaklumkan sedemikian selepas selesai program pengagihan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya pada Khamis lalu. Katanya, program tersebut membuktikan bahawa polis masih melaksanakan program komuniti walaupun sibuk dengan tugasan harian.
Tambah Muhamad Zaki, pihak polis mahu pegawai serta anggotanya turut berasa simpati dan empati terhadap rakyat yang memerlukan.