Antarabangsa

Kes ‘Pembunuhan Cyanide’: Wanita Thailand Dituduh Atas 14 Kematian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 05 Mei 2023 – Wanita Thailand yang didakwa membunuh dengan racun sianida telah dituduh melakukan 14 pembunuhan.

Wanita tersebut, Sararat Rangsiwuthaporn ditangkap pada minggu lalu berikutan timbulnya kecurigaan terhadap kematian sahabatnya, Siriporn Khanwong.

Difahamkan, keduanya telah bertemu untuk melepaskan ikan di sebuah jeti di Ratchaburi pada 14 April lalu di mana Siriporn tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di tebing sungai.

Dalam laporan media, Sararat dituduh meninggalkan tempat kejadian dan bukannya menunggu untuk menghulurkan bantuan sewaktu orang ramai cuba menyelamatkan Siriporn.

Dilaporkan, beberapa barangan Siriporn termasuk wang tunai, dua telefon dan beg mahal didapati hilang.

Menurut pihak polis, hasil siasatan menemui kesan sianida dalam badan mangsa.

BACA JUGA: Makan Kulit Babi Dengan Bismillah, Influencer Didakwa Hina Islam

BACA JUGA: Kenyataan Media Sokongan Terhadap TGHH Sebagai PM, Palsu – Bekas Menteri Undang-Undang

BACA JUGA: Fenomena Garis Badai Bakal Melanda Sabah Sarawak Hingga Ahad Ini

Susulan kes itu, ramai keluarga yang tampil melaporkan kematian ahli keluarga mereka yang juga meninggal dunia secara mengejut selepas bertemu Sararat.

Sararat bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut manakala bekas suaminya, Witoon Rangsiwuthaporn yang juga seorang pegawai polis turut menyatakan bahawa dia tidak mengetahui akan pembunuhan tersebut.

Seorang wanita yang mendakwa diracun tetapi terselamat berkata, dia jatuh sakit selepas mengambil ubat batuk yang diberikan Sararat sewaktu mereka berjumpa di sebuah pusat beli-belah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Surachate Hakparn berkata pembunuhan tersebut didakwa bermotifkan kewangan.

“Dia meminta wang kepada orang yang dia kenali kerana dia mempunyai banyak hutang kad kredit.. dan jika mereka meminta wang mereka kembali, dia mula membunuh mereka,” kata Surachate.

Berikutan kejadian itu, Sararat menghadapi 14 pertuduhan pembunuhan terancang dan satu percubaan pembunuhan.

Pihak polis turut sedang meneliti tiga kes lain dan kawasan siasatan kini merangkumi lima wilayah.

Dalam masa yang sama, Witoon turut didakwa kerana menerima harta curi, memalsukan serta menggunakan dokumen Kerajaan yang dipalsukan.

Menurut pihak polis, Witoon menyatakan pengakuan kepada dakwaan tersebut namun dia menafikan sebarang penglibatan atau pengetahuan mengenai dakwaan pembunuhan berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: