Tempatan

KKM Tidak Berkompromi Isu Buli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 18 Oktober 2023 –  Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak berkaitan sekiranya terdapat insiden buli dalam kalangan warga kerjanya, kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa.

Menerusi kenyataan media, Dr Zaliha berkata, KKM mengambil maklum tinjauan yang dibuat oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkenaan kes buli yang membabitkan pengamal perubatan sektor awam dan swasta di Malaysia.

Katanya, KKM telah melaksanakan sistem MyHELP yang merupakan satu platform khas bagi melaporkan isu-isu buli yang berlaku di KKM.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua petugas kesihatan untuk melaporkan aduan mereka melalui sistem aduan tersebut yang sememangnya telus dan mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi.”

Tambahnya lagi, Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang telah ditubuhkan sebelum ini juga akan sentiasa mengadakan libat urus dengan pihak KKM dalam memastikan kesihatan mental dan kebajikan warganya sentiasa terpelihara agar insiden seperti buli dapat ditangani.

Tegasnya, KKM memandang serius isu buli dalam kalangan petugas kesihatan dan akan terus komited memastikan perkara seperti itu tidak berlaku di fasiliti kesihatan seluruh negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: