Tempatan

Kes Loh Siew Hong: Ustazah Nazirah Saman Satees Muniandy – Firdaus Wong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2022 – Ustazah Nazirah Nantha Kumari, pengasas sebuah yayasan Islam di Bayan Lepas telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Satees Muniandy, menerusi unit undang-undang Multiracial Reverted Muslim (MRM), maklum Ustaz Firdaus Wong Wai Hung, seorang pendakwah terkemuka.

Tindakan diambil terhadap ADUN DAP Bagan Dalam itu kerana beberapa kenyataan fitnahnya terhadap Ustazah Nazirah dalam kes Loh Siew Hong, ujar pendakwah itu lagi dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Ustazah Nazirah telah mengambil tindakan undang-undang terhadap P. Ramasamy, Timbalan Menteri II Pulau Pinang, juga menerusi unit undang-undang MRM.

Tambah pengasas MRM itu, beberapa lagi individu termasuklah netizen yang menulis komentar jelek juga akan diambil tindakan.

“Kami boleh juga kesan IP & individu walaupun mereka bersembunyi di sebalik ‘fake account’ dengan baling batu sembunyi tangan.”

“Apabila datangnya kebenaran maka kebatilan akan lenyap. Bismillah…”

Sebelum mengakhiri kenyataan, Ustaz Firdaus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang menyokong usaha mereka yang berada di MRM.

“Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang menyokong usaha kami di MRM yang membolehkan kami melakukan amar makruf nahi mungkar dengan lebih lancar & berkesan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: