Kes Liwat: Zaid Ibrahim Persoal Siapa Bertanggungjawab Pantau Sekolah Agama
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 19 Mei 2022 – Peguam, Zaid Ibrahim dalam Twitternya baru-baru ini mempersoalkan siapa yang bertanggungjawab memantau sekolah-sekolah agama.
“Siapa yang bertanggungjawab pantau sekolah-sekolah agama? Dari segi keselamatan, silibus yang betul, kualiti guru-guru yang tidak meliwat/ memukul anak-anak. Siapa yang bertanggungjawab?”
Who is in charge of religious schools? on safety ,correct syllabus, quality teachers who don’t sodomise / beat children. Who is in charge?
— Zaid Ibrahim (@zaidibrahim) May 17, 2022
Antara jawapan yang diberikan oleh pengguna media sosial di bawah persoalan yang dikemukakan adalah; tiada sesiapa.
“Tiada sesiapa. Institusi-institusi ini kebanyakannya swasta dengan ada beberapa yang berlesen dari pihak berkuasa agama, setakat itu sahaja. Bukan silibus, bukan kewangan, bukan pentadbiran. Zilch. Nada. Yilek,” kata @hafeez3103
Manakala @shtansimon berkata, “Dengan 70 ahli Kabinet….Tiada sesiapa yang bertanggungjawab??”
Bagi @discreets72, perkara ini merupakan satu fakta yang sungguh memuakkan.
“Sekumpulan menteri dan kita menganggap mereka semua layak. Namun pentadbiran yang lemah dan ketidakcekapan masih merupakan salah satu kegagalan utama. Saya rasa terlalu ramai menteri akhirnya menjadi cerita Everybody, Somebody, Anybody atau Nobody.”
Baru-baru ini, portal media melaporkan, selepas empat tahun menjadi mangsa liwat seorang pelajar berusia 14 tahun nekad melaporkan perbuatan jijik guru agamanya yang juga warden asrama di sebuah sekolah agama di Tanah Merah.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, polis telah menahan lelaki berusia 30-an itu tidak lama selepas laporan dibuat oleh mangsa.
Berdasarkan laporan mangsa, kes liwat terbabit berlaku sejak 2018 iaitu empat tahun lalu, namun baru terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis sebaik kejadian itu dimaklumkan kepada ibu bapanya.
Berikutan kes ini, seorang pengguna Twitter menyifatkan suspek sebagai “syaitan”.
“Budak lelaki kena liwat dari umur bawah 12. Kerja dah selesa, nyaman, ada jaminan tapi pilih jadi syaitan,” kata Osman The Shah.