Tempatan

Lapan Kawasan Risiko Banjir Kuantan Mulai Pertengahan November

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 26 Oktober 2022 – Sebanyak lapan kawasan risiko banjir telah dikenal pasti di daerah Kuantan, Pahang menjelang Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan November ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan antara lokasi yang terlibat adalah Cherating, Gebeng, Beserah, Bandar Kuantan, Sungai Lembing, Jalan Kuantan Gambang, Panching dan kawasan Ubai.

Katanya, kesiapsiagaan pasukan polis daerah berada di tahap tinggi manakala anggota dan aset daripada lapan agensi berada dalam keadaan terbaik sekiranya berlaku bencana banjir.

Persediaan dibuat melalui Jawatankuasa Kecil Pemindahan dan Menyelamat Kuantan yang melibatkan 1,110 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tambah beliau, “Melalui agensi ini, sebanyak 41 bot akan digunakan untuk operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir. Aset yang ada termasuk kenderaan empat roda, lori, van dan kereta juga dalam keadaan baik.”

Mengulas lanjut, bagi melancarkan operasi menyelamat, pihaknya sudah mengenal pasti zon kendalian setiap agensi. Beliau turut menasihati penduduk di kawasan rendah dan berisiko mengalami banjir supaya lebih peka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: