Antarabangsa

Kes Lelaki Nikah Kambing: MUI Fatwa Murtad Jika Yakin Pernikahan Sah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAWA TIMUR, 10 Jun 2022 – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa berkenaan kes tular pernikahan seorang lelaki Muslim dengan seekor kambing betina di Gresik baru-baru ini.

Fatwa tersebut diumumkan oleh Ketua MUI Gresik, KH Mansoer Shodiq di Kompleks Masjid Agung Maulana Malik Ibrahim di Jalan DR Wahidin Sudirohusodo, Desa Kembangan, Kecamatan Kebomas, Kabupaten Gresik semalam.

KH Mansoer Shodiq berkata, “Ritual pernikahan manusia dengan binatang bertentangan dengan syariat Islam, apabila pelaku meyakini benar ritualnya itu maka sudah keluar dari Islam alias murtad.”

Menurut beliau lagi, ritual pernikahan tersebut adalah berbentuk penghinaan terhadap agama dan pihak berkuasa wajib untuk bertindak tegas sesuai dengan proses perundangan yang berkaitan.

Saiful Arif, 44, telah menjadi tular di media sosial setelah memuat naik video pernikahan beliau dengan seekor kambing biri-biri yang diberi nama Sri Rahayu bin Bejo di laman YouTube.

Beliau melafazkan akad nikah dengan mas kahwin sebanyak 22,000 rupiah dalam majlis yang telah disaksikan oleh penghulu dan beberapa pemimpin tempatan selain penduduk kampung yang datang memeriahkan majlis itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: