NGO

Kes Kematian Adib: Persoalan Mengenai Tindakan Kerajaan Meminta Bukti Baharu Dari Orang Awam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

18 MAC 2022

1.PEMBELA merujuk kepada kenyataan Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang memutuskan untuk mendapatkan kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau bukti dalam kes ini.

2. Kami ingin mempersoalkan rasional tindakan ini memandangkan Mahkamah Koroner sudah memutuskan terdapat perlakuan jenayah yang menyebabkan Allahyarham Adib terbunuh.

3. PEMBELA khuatir sekiranya tindakan ini hanya akan menjerumuskan ke dalam perancangan licik pihak tertentu memandangkan telah banyak desakan supaya inkues diadakan semula serta arus naratif bahawa Adib mati dilanggar jentera bomba yang telah ditolak oleh Mahkamah Koroner.

4. Malah, pihak Kerajaan juga tidak pernah mengambil tindakan perundangan mempertikaikan penemuan Mahkamah Koroner tersebut sehingga kini.

5. Adakah pandangan yang bakal dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini boleh menterbalikkan penemuan yang dibuat oleh Koroner? Apakah kuasa yang dimiliki oleh Jawatankuasa ini sehingga mampu memperhalusi semula dapatan Koroner?

6. PEMBELA yakin dengan kemampuan teknologi dan kecekapan pihak polis dan penguatkuasa untuk menjejak mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan tetapi dengan syarat terpenting, iaitu integriti.

7. Akhir sekali, kami ingin menzahirkan kekecewaan bahawa kes ini telah tertangguh sejak sekian lama yang mendukacitakan rakyat Malaysia, penjawat awam apatahlagi keluarga Allahyarham yang tercinta.

“KEADILAN BUAT ADIB”

AMINUDDIN YAHAYA

PENGERUSI

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: