Antarabangsa

Parlimen Florida Luluskan Akta “Don’t Say Gay” Di Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TALLAHASSEE, 26 Januari 2022 – Parlimen Florida baru-baru ini meluluskan akta melarang guru-guru membincangkan topik berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual dan Queer (LGBTQ) di sekolah dan dalam kelas.

Jawatankuasa Pendidikan Di Rumah dan Pekerjaan Florida meluluskan rang undang-undang Hak Ibu Bapa Dalam Pendidikan, yang juga dikenali sebagai Akta “Don’t Say Gay”.

Antara kandungan dalam akta itu adalah, pelaksanaan “prosedur untuk mengukuhkan hak asasi ibu bapa membuat keputusan mengenai didikan dan kawalan terhadap anak-anak mereka.”

Selain itu, akta itu turut membenarkan ibu bapa mengenakan tindakan undang-undang terhadap lembaga sekolah jika mereka percaya polisi-polisi sekolah melampaui batasan hak asasi itu.

RUU itu juga melarang guru-guru membincangkan topik LGBTQ dan topik yang “tidak bersesuaian dengan umur atau sesuai dengan perkembangan pelajar” di dalam bilik darjah.

“Rang undang-undang ini adalah mengenai mempertahankan tanggungjawab paling hebat yang boleh dimiliki seseorang: menjadi ibu bapa,” kata Joe Harding, seorang Republikan yang memperkenalkan rang undang-undang itu.

Florida sebelum ini pernah dikejutkan dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada seorang pelajar transgender untuk akses sama rata ke tandas.

Adams, pelajar transgender yang mengubah jantina asalnya kepada lelaki memfailkan saman kepada Nease High School atas dakwaan mengharamkannya menggunakan tandas lelaki di sekolah tersebut. Pihak sekolah pada waktu itu memohon agar Adams menggunakan tandas perempuan ataupun bilik air dengan satu tandas.

Atas ketidakpuasan hatinya dengan larangan tersebut, Adams bertindak menyaman sekolahnya selepas tamat belajar di situ.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: