Tempatan

Kes Kalimah Allah, Kerajaan Tidak Sepatutnya Tarik Balik Rayuan – Muhyiddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2023 – Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kesal dengan keputusan pentadbiran Kerajaan dalam menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes berkenaan hak seorang wanita Sarawak mahu menggunakan perkataan “Allah” bagi pembelajaran agama.

Mantan Perdana Menteri tersebut menyatakan bahawa kes ini adalah melibatkan kepentingan umum dan juga melibatkan sensitiviti umat Islam di negara ini.

BACA JUGA: MAIS Bantah Kerajaan Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah

BACA JUGA: Kalimah Allah : Mahkamah Persekutuan Boleh Perintah Bicara Semula – Dato’ Dr Wan Ahmad Fauzi

BACA JUGA: Kenapa Kerajaan Perpaduan Sekarang Tidak Mahu Merayu? – Profesor Dr Rafidah Hanim

Pada kenyataannya, Muhyiddin mengatakan bahawa kes tersebut sepatutnya diputuskan melalui proses perundangan di Mahkamah.

Beliau yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu juga menyatakan bahawa jika keputusan Mahkamah masih belum menyebelahi pihak Kerajaan setelah proses rayuan, maka pihak Kerajaan boleh meminda undang-undang.

Pindaan undang-undang yang boleh dilakukan oleh pihak Kerajaan, menurut Muhyiddin adalah untuk memastikan tujuan sesuatu itu tercapai, iaitu dalam hal ini adalah untuk memastikan keharmonian hubungan di antara pelbagai agama serta menjaga ketenteraman awam.

Pada 18 April tahun ini, Jabatan Peguam Negara yang mewakili Kementerian Dalam Negeri telah memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihak mereka tidak mahu meneruskan rayuan berkenaan kes Jill Ireland.

Muhyiddin yang kini memegang kerusi Parlimen Pagoh itu juga menyatakan bahawa keputusan untuk membuat rayuan bagi kes tersebut adalah selari dengan kehendak Sultan Johor dan Sultan Selangor.

Beliau juga mengingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan manakala Sultan-Sultan Melayu yang lain adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri masing-masing, justeru pihak Kerajaan hendaklah menghormati pandangan mereka dalam hal ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: