Tempatan

TERKINI: Abai & Aniaya Remaja Sindrom Down, Siti Bainun Didapati Bersalah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mei 2023 – Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.

Keputusan itu diputuskan selepas pembelaan Siti Bainun bukan sahaja tidak boleh dipercayai dan diterima mahkamah, malah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, lapor portal tempatan.

BACA JUGA: YDPA, Raja Permaisuri Agong Adakan Lawatan Khas Di London

BACA JUGA: Letupan Bom Di Jalan Klang Lama, Polis Buru Dua Suspek

BACA JUGA: Jalan Sekitar Teluk Intan Ditutup Sempena Upacara Agama Hindu

Tambah portal, berikutan itu, Hakim Izralizam Sanusi memberi peluang kepada peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf, untuk merayu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Terdahulu, Siti Bainun diarah membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Laporan terbaharu memaklumkan, Mahkamah Sesyen sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap  Siti Bainun Ahd Razali.

Bagi pertuduhan pertama Siti Bainun dipenjara selama 10 tahun manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dipenjara selama 12 tahun dan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias manakala Siti Bainun diwakili peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: