Tempatan

Kes HFMD Paling Tinggi Berlaku Di Kuala Lumpur Dan Putrajaya – KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Mei 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa negeri yang menyumbang kes terbesar bagi penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) buat masa ini adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mencatatkan sebanyak 479 kes penularan, diikuti oleh Selangor sebanyak 161 kes penularan dan Perak iaitu 151 kes penularan.

Beliau juga menyatakan bahawa sejak 1 Januari tahun ini, sebanyak 1,370 kes penularan dengan 5,203 jumlah kes telah direkodkan bagi penyakit HMFD ini dan kebanyakan jangkitan adalah berpunca dari tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. Sehingga kelmarin, terdapat dua kanak-kanak yang dijangkiti wabak HFMD telah dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

BACA: KKM Sahkan Ribuan Kes Kesan Mudarat Serius Vaksinasi

BACA: KP Kesihatan Sahkan 21 Peratus Kematian Ibu Hamil Penerima Vaksin

BACA: Vaksin: Ibu Bapa Tidak Mahu Anak Jadi ‘Tikus Makmal’

Manakala Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata bahawa peningkatan kes ini sudah dijangkakan kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang mana berlaku banyak pergerakan penduduk di negara ini sepanjang tempoh perayaan.

Beliau berkata lagi, kes HFMD ini banyak berlaku terhadap kanak-kanak yang berusia bawah enam tahun, diikuti dengan kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun dan selebihnya terhadap mereka yang berumur lebih 12 tahun.

Tan Sri Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri serta Pejabat Kesihatan Daerah telah terlibat dalam menjalankan sesi libat urus bersama agensi yang bertanggungjawab menyelia pengurusan taska, tadika serta prasekolah berikutan peningkatan kes di kebanyakan negeri sejak akhir-akhir ini.

Beliau juga pada masa yang sama mengingatkan bahawa orang ramai, terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil agar tidak membawa anak mereka ke tempat yang berisiko untuk mengelak berlakunya penularan.

Selain itu, beliau juga menasihatkan agar orang ramai melaporkan kes HFMD kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran bagi tindakan mengawal jangkitan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: