Tempatan

Kes Denggi Di Selangor Melonjak 150%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 17 Februari 2023 – Kes denggi di Selangor dikatakan bakal melonjak naik sehingga 150% sekiranya tempat pembiakan nyamuk Aedes tidak ditangani oleh masyarakat.

Lapor portal tempatan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebanyak 6,870 kes direkodkan iaitu peningkatan 141.4% setakat 11 Februari iaitu minggu epidemiologi (ME) keenam berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurutnya, 510 lokaliti wabak denggi di kesan di negeri tersebut daripada 470 lokaliti pada minggu sebelumnya.

Daerah Petaling mencatatkan jumlah lokaliti tertinggi iaitu 203, diikuti Hulu Langat (120), Klang (82) dan Gombak (69).

BACA JUGA: Peniaga Pahang Gagal Cabar Penggunaan Tulisan Jawi Pada Papan Tanda

BACA JUGA: Langgar & Seret Sampai Mati, Dua Suspek Diburu

BACA JUGA: AS Ingin Hukum Bank Yang Terlibat Dengan Rusia

Beliau juga bimbang mengenai jumlah kes denggi yang mencecah hampir 40,000 pada tahun lalu. Luahnya, “Bayangkan (kenaikan kes pada 2024) jika ia tidak dibendung.”

Dalam pada itu, ujar Dr Siti Mariah, setiap empat ke lima tahun, akan berlaku peningkatan mendadak terhadap kes denggi berdasarkan pada rekod kitaran demam denggi di Malaysia dalam tempoh 20 tahun.

“Dijangka peningkatan mendadak kes akan berlaku pada 2023 atau 2024 selepas wabak denggi tertinggi pada 2019.”

Beliau turut memaklumkan, Kerajaan Negeri dengan kerjasama jabatan kesihatan dan beberapa agensi lain telah memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan operasi denggi bersepadu.

Operasi tersebut telah dimulakan semalam dan berjalan sehingga 22 Mac. Ia akan menumpukan keapda empat daerah dengan jumlah kumulatif kes denggi tertinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: