Tempatan

Kes Demam Denggi Meningkat 11.6 Peratus – Dr. Noor Hisham

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 09 Disember 2022 – Trend jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-48 tahun ini dari 27 Nov hingga 3 Dis dilaporkan terus meningkat dengan 1,935 kes berbanding 1,734 pada minggu sebelumnya.

Peningkatan sebanyak 11.6 peratus itu diiringi dengan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME ke-48.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 58,239 kes berbanding 24,049 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 142.2 peratus.

“Manakala 39 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021.”

Tambahnya, sebanyak 53 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 54 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 24 hotspot berada di Selangor, Sabah (16), Kuala Lumpur dan Putrajaya (10) serta masing-masing satu lokaliti di Pulau Pinang, Perak dan Sarawak.

Selain itu, survelan chikungunya merekodkan sebanyak 21 kes pada ME ke-48 dengan 20 kes di Pulau Pinang dan satu kes di Selangor, membawa jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 731 kes.

“Bagi survelan zika, sebanyak 2,003 sampel darah dan 17 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: